Pages

Tuesday, May 17, 2016

Nilai Titisan Kasih


Tajuk   :  Sajak

Teks    :  Rasidah bt Sarmani

Entri   14

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah.


Sempena Sambutan Hari  Guru pada tahun ini saya berminat untuk dedikasikan sajak berikut kepada sesiapa sahaja insan yang bergelar pendidik tak kira di mana kalian berada sama ada di bandar mahupun di ceruk pedalaman. Saya amat-amat menghargai dan menghormati jasa guru yang tak mungkin dapat dinilai dengan harta dunia.Hanya Allah sahaja yang akan membalas pengorbanan yang telah dicurahkan.


                                                                        NILAI TITISAN KASIH

( Secangkir kasih, selautan rindu buat insan yang pernah berjasa dan mengenalkan diri ini erti hati dan budi )

Guru, 
Baktimu ibarat embunan di muara kesyahduan,
Menyuburi setiap rekahan kelopak keilmuan,
Membajai petak-petak kemanusiaan,
Mewarnai lakaran kanvas kehidupan.

Kusedari,
Betapa kemilaunya pengorbananmu,
Nilai titisan kasih,
Hari demi hari dicurah buat diri ini,
Yang mendambakan selautan ilmu di dada.

Lalu kau titipkan jasamu yang tulus suci,
Ibarat mentari yang tak mungkin terpadam sinarnya,
Kian menyerlah biar pun mendung berarak senja,
Biar pun tenagamu kian tergugah,
Namun demi azammu yang kudus,
Kau tetap melangkah dengan pasrah.

Guru,
Berbekalkan tunjuk ajarmu,
Dalam meneruskan kembara di fana ini,
Aku kian menggamit impian yang tercipta,
Namun, harapku padamu guru,
Sudi kiranya mengenalkan aku dengan warna-warna ketabahan,
Agar aku tidak tewas dalam mengharungi arus kedewasaan.

Terima kasih guru,






No comments:

Post a Comment